KUALA LUMPUR: Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai depan tidak menggangu ketenteraman awam, malah sebaliknya akan menguntungkan peniaga di Kuala Lumpur.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa himpunan tersebut sebagai ‘himpunan kotor’ tidak berasas sama sekali dan menyerlahkan sikap hipokrit parti itu.
Ini kerana katanya, Umno dan NGO yang menjadi proksi kepada parti itu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa, sebelum ini turut dibenarkan mengadakan perhimpunan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
“Di sini kita lihat sikap double standard pimpinan umno. Perhimpunan Umno dan Perkasa di negeri Pakatan seperti di Pulau Pinang, perarakan kepala lembu di (bangunan) SUK Selangor kita tak pernah pertikai walaupun demo seperti ini lebih berbentuk provokasi.
“Himpunan Bersih hanya untuk menyuarakan hak rakyat supaya kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan telus. Ia adalah isu rakyat, kita mahu rakyat betul-betul tahu tentang hak mereka sebagai pengundi, sebagai warganegara Malaysia dan bukan warganegara asing yang mendaftar sebagai pemilih,” ujarnya.
Katanya lagi, berdasarkan pengalaman lalu, Himpunan Bersih kali ini sepatutnya berjalan lancar dan tidak akan menimbulkan kekacauan sekiranya pihak polis memberikan kerjasama untuk mengawal keadaan.
“Selalunya perhimpunan tercetus kelam kabut apabila dihuru-harakan pihak polis. Demo Perkasa diiringi pihak polis, kita tak pernah ganggu dan mana ada kekacauan. Di negeri PR mereka bebas mengadakan perhimpunan,” ujarnya.
Beliau dalam masa sama turut menafikan kenyataan Ahmad Maslan bahawa himpunan itu akan menyusahkan rakyat termasuk peniaga, penjaja dan pemandu teksi.
Sebaliknya, kata beliau, perhimpunan yang dijangka mencecah 300 ribu hingga 500 ribu penyertaan termasuk dari Sabah dan Sarawak, akan lebih memberi keuntungan kepada peniaga di sekitar Kuala Lumpur.
“Mereka akan tiba di bandaraya Kuala Lumpur, dan selesai perhimpunan mereka akan bershopping. Ini akan menguntungkan peniaga. Kekacauan berlaku sebab semburan gas pemedih mata, bom asap dilepaskan oleh polis,” kata Azmizam.
Tegasnya, himpunan Bersih adalah hak rakyat untuk mendesak beberapa tuntutan dari kerajaan supaya menjalankan pilihan raya yang bersih dan tidak tercemar dengan sebarang penipuan.
Beliau memberi contoh penipuan yang brelaku di DUN Seri Muda, apabila KEADILAN baru-baru ini mengesan pertambahan 889 nama warga asing dalam senarai pemilih, sepertimana projek IC yang berlaku di Sabah.
“Itu hanya yang berjaya dikesan. Yang tak dapat dikesan kita percaya lebih banyak lagi.
“Kita ambil contoh di Sabah, begitu ramai warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi. Terbaru, seperti mana didedahkan YB Azmin Ali tentang daftar pemilih yang tidak dibekalkan alamat pengundi. Jadi macam mana kita nak bertemu dan kenal pasti pengundi,” ujarnya.
“Dilihat dari sudut itu, kalau polis tak mahu demo macam ini, pastikan pilihan raya berjalan dengan telus.
Jangan jadikan Selangor seperti di Sabah,” tegasnya yang turut kesal apabila SPR mengenakan caj sebanyak RM10 bagi setiap bantahan, manakala pihak yang membantah pula hanya boleh mengemukakan 10 bantahan.
Selain itu katanya, Bersih turut mengemukakan beberapa tuntutan seperti pendaftaran pemilih automatik dan liputan media yang lebih adil diberikan kepada parti pembangkang.
“Pihak SPR sepatutnya boleh bekerjasama dengan JPN untuk wujudkan sistem pendaftaran pengundi automatik. Kalau sistem Mycard dikatakan canggih, kenapa tidak boleh dilaksana pendaftaran pengundi automatik.
“Dalam isu media, kita minta kempen dan beri ruang yang lebih adil diberikan kerana liputan media utama yang sangat negatif dengan PR,” ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan