Pengikut

Selasa, 11 Oktober 2011

Video terbaru: KEADILAN kecam politik jijik Umno

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya cubaan Umno meneruskan politik keji dan fitnah dengan mengeluarkan video rekaan terbaru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presidennya, N Surendran.

“Saya merujuk perbuatan keji terbaru mengaitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu video terbaru di sebuah hotel,”

“Perbuatan keji ini mendedahkan semua ciri konspirasi Umno-BN, penipuan dan pendekatan yang bersifat menghasut dalam politik negara,” katanya dalam satu kenyataan media pagi ini.

“Meneruskan tradisi jijik ini, UMNO BN sekarang cuba untuk menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan membiarkan saja video-video seks yang direka,” tegasnya.

Menurut Surendran, Video-video ini dikeluarkan secara berkala oleh sebuah laman web jijik yang mempunyai kaitan dengan Umno bagi memburukkan pembangkang.

Tambahnya, ia kesinambungan video fitnah yang dikeluarkan Trio Datuk T, yang menyaksikan kenyataan bersama oleh trio berkenaan, pimpinan atasan Umno dan pasukan polis.

“Ia tidak lebih daripada usaha untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim dan menghentikan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” katanya.

Katanya lagi, bukan kebetulan video terbaru itu dikeluarkan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan secara terdesak mempertahankan Belanjawan 2012

“Belanjawan yang dikemukakan kerajaan didedahkan sebagai lemah berdasarkan unjuran yang terlampau optimistik,”

“Kami menyeru Perdana Menteri, kerajaan dan pemimpin atasan UMNO BN segera meninggalkan politik kotor, dan membaktikan diri mereka kepada wacana politik dan perdebatan yang rasional,” tegasnya.

Tiada ulasan: