Pengikut

Sabtu, 9 April 2011

Memorandom Rasmi AMKPP Terhadap SPRM

MEMORANDOM RASMI AMKPP

AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, iaituPenolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah.Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM Selangor, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat.

Justeru, demi menyelamatkan imej SPRM yang tercalar teruk,Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menggesa Kerajaan Malaysia agar tuntutan di bawah ini dilaksanakan SEGERA;

1)    Mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, bertanggungjawab penuh atas kejadian ini dan MELETAK JAWATAN dengan segera.
2)    Menuntut agar keselamatan orang di bawah siasatan SPRM DTINGKATKAN.
3)    Menggesa penubuhan segera SURUHANJAYA DIRAJA untuk mengadili kes ini.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) tegas membawa suara rakyat tidak mahu lagi insiden ini berulang lagi. Ini adalah jelas merupakan KEGAGALAN MANIFESTASI 1 MALAYSIA yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri. Adakah ini yang dinamakan keselamatan & keadilan rakyat diutamakan?

Sekian,terimakasih.
AMIR HJ. GHAZALI
KetuaAngkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

Tiada ulasan: