Pengikut

Isnin, 7 Mei 2012

Zahid pesongkan isu Bersih 3.0 – Yusmadi


KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bertanggungjawab jika rakyat Malaysia dihalang menunaikan Haji dan Umrah oleh Kerajaan Arab Saudi jelas berniat jahat, kata Yusmadi Yusoff.

Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, kenyataan Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno itu bertujuan mengalih isu sebenar yang dituntut Bersih.

“Isu pokok di sini ialah Bersih wujud untuk mendesak pemerintah melaksanakan pilihan raya telus, bersih dan adil dan hanya pemerintah zalim yang akan menolak tuntutan murni ini.
“Sama ada rakyat berhimpun di Malaysia atau di Makkah sekalipun mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melaksana pilihan raya bersih, itu adalah hak rakyat yang jelas digugat pemerintah di negara ini,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Yusmadi (gambar bawah) turut menempelak kenyataan Zahid yang mendakwa himpunan Bersih bukan acuan politik yang sesuai di negara ini.

“Sejarah membuktikan hanya pemerintah zalim yang mengekang rakyat untuk berhimpun dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Lihat sahaja pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi yang dihina penjajah hanya kerana berdemonstrasi dan berhimpun bagi menentang penjajah, namun kini budaya himpunan diterima di negara itu,” katanya lagi.

Himpunan Bersih 28 April lalu menyaksikan lebih 300,000 rakyat Malaysia berhimpun dan ia turut disertai rakyat Malaysia di lebih 80 negara.

Ekoran kejayaan itu, media kawalan Umno cuba menonjolkan kononnya himpunan itu ganas, namun pada masa sama menyembunyikan kezaliman polis terhadap rakyat dan pengamal media. -KeadilanDaily

Tiada ulasan: