Beliau berkata demikian susulan reaksi Shahrizat di Perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya pimpinan KEADILAN tidak memainkan isu tersebut.
“Kita sangat dukacita kerana wang rakyat yang diberi untuk NFC diseleweng pula untuk menunaikan Umrah dan melancong.
“Ibadat Umrah tidak salah tetapi mengapa perlu menyalah guna wang NFC yang tujuan asal untuk penternakan lembu,” soalnya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu melenting, sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik suami dan anaknya itu.
“Beliau (Shahrizat) harus jawab dengan mengemukakan bukti dan fakta berkaitan dan bukan mengelak,” kata Aishah.
Pada 21 November lalu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mendakwa NFC membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Manakala 8 November lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pula mendedahkan sejumlah RM827,579 dana NFC disalahguna Shahrizat, suami dan anak-anaknya untuk melancong diluar negara.
Skandal NFC mula terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 mendedahkan projek yang dijalankan syarikat itu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Selain gagal mencapai sasaran, NFC juga didakwa memberikan diskaun kepada restoran mewah milik keluarga Shahrizat, di samping simpanan dalam deposit tetap yang memberi keuntungan ratusan ribu ringgit.
Paling mengejutkan pembelian dua kondominium mewah di Bangsar membabitkan nilai sebanyak RM13.8 juta dari dana RM250 juta yang diberikan kepada NFC. -KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan