Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Khamis, 17 Mei 2012

Debat PTPTN Khairy vs Rafizi 22 Mei


Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.

Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.

Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.

Rabu, 16 Mei 2012

SPRM perlu siasat isu Shafie-Zahida

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mampu memberi wang tunai dalam jumlah yang banyak kepada artis Zahida Rafik.

Kedua-dua pihak berkenaan telah pun menafikan dakwaan itu bulan lalu.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, pihaknya menggesa agar isu ini diberi tindakan sewajarnya dan meminta agar Shafie boleh menjelaskan bagaimana beliau mampu memberi sejumlah wang secara tunai, dalam jumlah yang banyak, kepada Zahida.

Pengurusan bantah penyenaraian FGVHB

PETALING JAYA: PKR mendedahkan laporan Boston Consulting Group (BCG) mengenai kaji selidik yang jelas menunjukkan rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) mendapat bantahan daripada pihak pengurusan tertinggi Felda.

Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli kaji selidik yang melibatkan 30 ahli pengurusan tertinggi Felda itu menunjukkan lebih separuh (55 peratus) ahli pengurusan Felda tidak bersedia manakala 20 peratus sahaja menyokong penyenaraian tersebut.

Rafizi mendakwa 65 peratus daripada pengurusan tertinggi Felda percaya bahawa proses penyenaraian ini akan menemui kegagalan memandangkan Felda masih belum bersedia.

Isnin, 7 Mei 2012

Zahid pesongkan isu Bersih 3.0 – Yusmadi


KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bertanggungjawab jika rakyat Malaysia dihalang menunaikan Haji dan Umrah oleh Kerajaan Arab Saudi jelas berniat jahat, kata Yusmadi Yusoff.

Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN itu berkata, kenyataan Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno itu bertujuan mengalih isu sebenar yang dituntut Bersih.

“Isu pokok di sini ialah Bersih wujud untuk mendesak pemerintah melaksanakan pilihan raya telus, bersih dan adil dan hanya pemerintah zalim yang akan menolak tuntutan murni ini.

Ahad, 29 April 2012

Siasat keganasan polis terhadap peserta himpunan Bersih - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya siasatan bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab peserta perhimpunan Bersih 3.0.

“Dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman. Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada kenyataan media.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Bersih yang tuntas menuntut reformasi pilihan raya yang menyeluruh dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan.

Jumaat, 27 April 2012

AMK desak PM tarik balik perintah larang Bersih 3.0


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Khai Loon kecewa dengan tindakan polis untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang Bersih 3.0 mendekati Dataran Merdeka, mulai esok hingga 1 Mei dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan larangan itu.

Khai Loon berkata, AMK berpendapat tindakan polis telah menyebabkan usaha kerajaan Umno-BN untuk memulih imej transformasi dan terbuka menjadi slogan kosong sahaja.

"Sebenarnya kerajaan mempunyai peluang keemasan untuk membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia, malangnya telah gagal menangani Himpunan Bersih 3.0 dengan bijaksana dan menyebabkan keadaan yang tegang.

Khamis, 26 April 2012

Ketua Wanita Umno Bukit Bintang dapat tanah IPD Brickfields?

KUALA LUMPUR 26 April: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien digesa menjelaskan status tanah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang dianugerahkan kepada Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, beberapa persoalan timbul kerana salah seorang pengarah syarikat itu merupakan Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Mariany Mohamad Yit, Ahli Dewan Negara dan mantan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tanah lot 55 ini merupakan tanah milik Kerajaan Pusat dikategorikan untuk kegunaan institusi, merangkumi pembinaan perumahan ataupun pejabat PDRM, bukannya pembangunan komersil. Siapakah yang memberikan kelulusan kepada Primamuda untuk bangunkan tanah itu?