KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa kerajaan mengambil tindakan diplomatik dengan memanggil Duta Bangladesh di Malaysia.
Ia berhubung dakwaan Perdana Menteri negara itu yang menyatakan warganegara Bangladesh diberi kerakyatan mudah oleh kerajaan Malaysia dengan syarat mengundi Umno- Barisan Nasional.
Menganggap ia merupakan perkara serius terhadap kedaulatan negara, Shamsul menyelar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menafikan dakwaan tersebut.
“Penafian itu membuktikan betapa lemahnya pemimpin Umno BN mempertahan kedaulatan negara.
“Sepatutnya Malaysia menghantar nota bantahan serta memanggil segera Duta Bangladesh ke Malaysia untuk memberi penjelasan mengenainya,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
Baru-baru ini Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed membuat kenyataan mengejutkan apabila mendakwa rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi Umno-BN.
Kenyataan itu dipetik dari www.ngoab.gov.bd iaitu laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Bagaimanapun pendedahan itu dipadamkan selepas 24 jam ia disiarkan.
Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa siasatan dilakukan terhadap pengakuan Hasina kerana dakwaan itu diperoleh menerusi laman web kerajaan negara itu.
Anwar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab memberi kerakyatan mudah kepada warga asing berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat supaya lebih patriotik dan menjaga keamanan bersama.
Anwar sebelum ini menyatakan kebimbangan lebih 200,000 warga Indonesia yang bekerja di negara ini didaftarkan sebagai pengundi untuk mengundi Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan