Pengikut

Sabtu, 17 September 2011

Banner Fitnah: AMK Permatang Pauh Buat Laporan Polis

AMK Permatang Pauh telah membuat satu laporan Polis mengenai kain rentang yang berunsur fitnah terhadap Parti Keadilan Rakyat Cabang Permatang Pauh dan juga kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Laporan telah dibuat oleh Naib Ketua Satu Angkatan Muda Keadilan dan Setia Usaha Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh bersama 50 orang penyokong di balai polis Penanti pada 15 hb September 2011 lepas.
Kain rentang yang berunsur fitnah ini telah di pasang di sekitar Permatang Pauh oleh pihak tidak bertangungjawap dan bacul.

Salinan laporan Polis yang telah di buat
Naib Ketua AMK Permatang Pauh Saudara Shukri dalam satu sidang media yang diadakan diluar balai polis

Tiada ulasan: