Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Hubungan dagang bukti Umno BN bantu ekonomi Israel

KUALA LUMPUR: Pendedahan hubungan dagang antara Malaysia_Israel membuktikan kerajaan Umno pimpinam Datuk Seri Najib Razak membantu ekonomi Israel, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

“Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel.

“Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di sini iaitu jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia,” katanya.

Mengikut kenyataan media , Badrul Hisham (gambar atas) berkata, hubungan dagang itu didedah berdasarkan maklumat terperinci daripada syarikat perkapalan.

“Penghantaran dibuat melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang ada kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) ke Perlabuhan Klang,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Dokumen dari “Index Mundi” dan IMF menunjukkan penjualan minyak sawit Malaysia dalam mata wang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia disenarai dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012.

Turut ialah nama Sime Darby dari Malaysia. -KD

Tiada ulasan: