Pengikut

Sabtu, 14 Januari 2012

Konvensyen cetus pembersihan institusi tindas rakyat – Wan Azizah

ALOR SETAR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga yang bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ bakal menjadi titik tolak kepada Pakatan untuk meyakinkan rakyat menolak Umno BN.

Menurutnya, Pakatan berazam untuk ‘membersihkan’ bukan sahaja sistem pilihan raya malahan semua sistem yang menindas rakyat di bawah pentadbiran Umno BN selama ini.

“Bersihkan Malaysia kali ini memberikan gambaran bahawa lebih daripada ‘bersih’ yang kita lakukan dalam pilihan raya tetapi juga dalam segala institusi yang menindas rakyat,” kata Wan Azizah.

Menurutnya lagi, keputusan mahkamah yang mengesahkan Anwar difitnah dalam perbicaraan liwatnya menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah pilihan yang tepat untuk mentadbir negara selepas pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan perbicaraan Anwar memberikan lonjakan kepada Pakatan Rakyat bahawa kita boleh memberi jawapan (menjadi pengganti) kepada BN.

“Kita mahu rakyat berani buat perubahan kerana saya kira kita sudah lama mentadbir tetapi konvensyen ini menjadi pencetus untuk rakyat membuat langkah ke hadapan.

“Konvensyen kali ini masa yang begitu penting dalam pertimbangan politik negara kita,” kata Wan Azizah. -KD

Tiada ulasan: