Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Jingga 13 atur demontrasi bantah satu lagi kapal Israel berlabuh

KUALA LUMPUR: Kerajaan Israel-Zionis adalah pemegang 98 peratus saham Zim Integrated Shipping Services Ltd – pemilik kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Klang 16 Februari lalu.

Bercakap pada sidang media hari ini, Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa, berkata saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.

Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk ‘sailing clearance’ (kebenaran belayar) dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia.

Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang.

“Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu memiliki bukti berbentuk ‘sailing clearance’ (kebenaran belayar) Israel yang diserahkan kepada Wisma Kastam Diraja Malaysia.

“Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?” katanya.

Fariz akan mengetuai perhimpunan di Pelabuhan Klang pada 22 Februari di Pelabuhan Klang bagi membantah kehadiran sebuah lagi kapal milik Zim iaitu Zim Europa.-KD

Tiada ulasan: