Pengikut

Khamis, 10 November 2011

Debat Belanjawan: Najib takut tak mampu jawab - Anwar

KUALA LUMPUR 10 Nov : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perdana menteri tidak mampu menjawab pelbagai isu ekonomi ekoran kengganannya menyahut cabaran debat beliau.

“Saya jangka Datuk Seri Najib Razak tidak mahu menerima tawaran berbincang secara terbuka, jika tidak dipanggil debat sekali pun kerana hal-hal ini (masalah ekonomi) tidak mampu dijawab,” Kata Anwar.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, Najib yang dilanda pelbagai isu kontroversi tidak mampu memberikan penjelasan, justeru mengambil langkah mendiamkan diri.

“Sepertimana yang dibangkitkan sekarang ini isu dana pertanian (projek Fidlot) dan pengurusan JKR (projek Lebuhraya Jabor). Ini mereka tak mampu jawab dan sebab itu enggan berdebat,” kata Anwar.

Sebelum ini, Anwar mempelawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat dengan beliau berhubung kenyataannya memperlekehkan belanjawan alternatif dikemukakan Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menilai antara Belanjawan Pakatan dan Belanjawan 2012 yang dibentang kerajaan.

Ekoran itu sebuah akademi penulisan, Akademi Pak Sako menyatakan kesediaan untuk menjadi penganjur Debat tersebut.

Surat pelawaan dihantar kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, selain turut diserahkan kepada Anwar di ibu pejabat KEADILAN, 21 Oktober lalu.

Namun, akademi itu hanya mendapat respon Anwar dan Najib pula tiada di negara ini kerana menunaikan ibadat haji.

Tiada ulasan: