Pengikut

Isnin, 12 September 2011

Henti politikkan isu komunis, fokus isu rakyat – AMK

KUALA LUMPUR: Hentikan segera polemik isu komunisme dan utamakan isu rakyat, kata Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus.

Menurutnya, mempolemikkan isu komunisme tidak membantu perkembangan urustadbir (good governance) serta hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

“Hambatan kenaikan harga barang keperluan rakyat seumpama gula, tepung, minyak dan bahan mentah seharusnya menjadi perjuangan semua pihak.

“Tambahan pula, bermula 15 September ini, bebanan cukai perkhidmatan enam peratus bakal dikenakan terhadap pengguna kad prabayar,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau yang juga Ketua AMK Negeri Sembilan menegaskan isu komunisme sepatutnya dibincang secara intelektual dan bukan dipolitikkan.

Ini kerana, tindakan-tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu dan media kawalan Umno-BN mempolitikkan isu komunisme hanya memecah-belahkan lagi rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Isu komunisme sebelum ini mula dicanang akhbar Utusan Malaysia dengan memutar belit ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu dalam satu ceramah di Pulau Pinang mengenai peristiwa Bukit Kepong dan pejuang nasionalis Melayu bernama Mat Indera.

Ucapan yang berlaku pada 21 Ogos itu hanya disiar Utusan pada 27 Ogos bertujuan membangkit kemarahan pengundi Melayu menjelang sambutan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos.

Utusan yang juga media Umno melabel Mat Indera sebagai komunis kononnya menyerang balai Polis Bukit Kepong.

Hakikatnya, Mat Indera ialah pejuang kerana menentang British yang ketika itu menjajah Tanah Melayu.
Rekod menunjukan, peristiwa Bukit Kepong berlaku pada Februari 1950, manakala Tanah Melayu ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957.

Tiada ulasan: