Pengikut

Khamis, 26 Mei 2011

Video fitnah: Kenyataan Hishamuddin berniat jahat- Fariz

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengenai siasatan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan berniat jahat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kenyataan tersebut menjurus kepada usaha untuk mendakwa Anwar meskipun siasatan polis sepatutnya kepada pihak yang menayang dan menyebar video itu.

“Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri KDN, Hishamuddin dan Perdana Menteri sebelum ini, semuanya berpihak kepada Datuk T dan mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk jatuhkan Anwar,”

“Jelas melihatkan perancangan rapi ini sebenarnya bermula daripada pihak atasan. Saya percaya bahawa bukan trio Datuk T sahaja yang terlibat tetapi ada beberapa individu yang diberikan peranan dalam kes ini. Namun mereka tidak akan dikenakan tindakan,” katanya kepada Keadilandaily.com

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hishamuddin yang disiar dalam New Straits Times bertarikh 22 Mei lalu.

Dalam kenyataan itu Hishamuddin berkata  mereka yang membuat laporan polis bagi menafikan terbabit dalam kes itu, juga tidak terlepas dari berhadapan dengan undang-undang.

Dalam laporan tersebut Hishamuddin dipetik berkata “Jangan fikir hanya segelintir akan didakwa dan selebihnya dilepaskan. Semua yang didapati bersalah akan didakwa,”.

Beliau turut menyebut bahawa klip video tersebut telah disahkan pakar dari Amerika Syarikat sebagai tulen.
Hishamuddin juga dilapor berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, polis hampir selesai melakukan siasatan ‘secara  profesional’ dan beliau telah mengarahkan pihak keselamatan itu untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum keputusan siasatan diumumkan.

Tiada ulasan: