JOHOR BAHRU 25 Nov: Falsafah pendidikan yang berteraskan kekuasaan politik yang berlaku hari ini hanya melahirkan mahasiswa dan pensyarah pasif serta mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, budaya Umno yang tidak meraikan kebebasan dan keberanian berfikir serta tidak bercita-cita untuk memastikan anak muda berfikiran kritis dan bebas membungkam dan memasung minda mereka.
Justeru, pencerahan yang membawa maksud perkembangan pemikiran perlu digalakkan, bukan sekadar menjadi generasi penghafal dan mengingat secara teknikal.
“Selari dengan slogan pencerahan, ‘sapere aude’ iaitu berani menggunakan pemikiran sendiri, kita mahu pendidikan yang melatih perkembangan ilmu dan daya fikir melalui tesis, anti tesis dan sintesis yang dilontarkan.
“Keberanian berfikir untuk membongkar pembelengguan jiwa dan minda adalah antara langkah pertama untuk keluar dari segala bentuk eksploitasi manusia ke atas manusia,” kata Azmin.
Beliau turut memetik ungkapan pujangga besar Keraton Jawa, Ronggo Warsito yang pernah meramalkan akan tiba satu zaman yang dikenali sbagai ‘zaman edan’ atau zaman gila.
Ini berpunca dari tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi dalang memastikan Auku (Akta Universitti dan Kolej Universiti) untuk menyekat keapuhan daya fikir yang menjadi senjata membongkar mitos hegemoni Umno.
“Kerana takutkan pensyarah seperti Profesor Aziz Bari dan mahasiswa UKM4 menyatakan kritikan terhadap pemerintah, maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas.
“Akhirnya kita memiliki generasi muda yang pasif,” kata Azmin seraya membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, ‘Takut 66, Takut 98′.
Justeru tegas Azmin, generasi yang kukuh kekuatan daya cipta serta berani bersaing dan tidak tercabut dari akar budaya akan berjaya.
“Inilah tema sebenar yang harus dibawa oleh sistem pendidikan kita untuk memenuhi cabaran pada masa akan datang,” katanya. -KD
1 ulasan:
Salam Prejuangan...
Dengan adanya PERSIDANGAN PARTI KEADILAN di Negeri Johor DT diharap dapat meniup semangat pejuang-pejuang keadilan untuk terus berusha menumbangkan pemerintahan lembUMNO dan dimasukan dalam sejarah Negeri Johor DT.. Amin
Catat Ulasan