Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2012

PKR yakin Pakatan akan raih 105 kerusi

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.

Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi.

Khamis, 17 Mei 2012

Isu Hudud mainan politik BN

Rafizi Ramli
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pendirian pihaknya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah, sebaliknya Barisan Nasional (BN) khususnya MIC cuba menjadikannya isu sekarang bagi meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PR sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya akan membuat keputusan mengenai hudud jika menerima persetujuan semua pihak.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, MIC cuba menimbulkan 'kekecohan' dan salah faham di kalangan pengundi memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi.

Rabu, 16 Mei 2012

Pakatan Rakyat tidak boikot PRU13: Saifuddin

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13.

Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

Pakatan jamin imbuhan guru RM500 jika bentuk kerajaan


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani.

“Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka.

Isnin, 14 Mei 2012

PRU13: Pakatan guna manifesto bersama

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakan manifesto bersama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun menurut beliau, akan ada manifesto peringkat negeri mengikut keperluan masing-masing.

"Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain, namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui pemimpin PR," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di ibu pejabat PKR di sini petang tadi.

Pakatan tawar gaji minimum RM1,100

SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pekerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak.

Ahad, 13 Mei 2012

Himpunan Umno ke-66 tahun mungkin "akhir", kata Amir Ketua AMK P.Pinang

Amir Ghazali Ketua AMK Pulau Pinang
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin sudah menyedari bahawa rakyat kian menolak kezaliman serta penyelewengan pemimpin Umno belakangan ini.

Justeru katanya, Najib mengadakan himpunan raksasa kononnya meraikan hari penubuhan Umno ke-66 tahun baru-baru ini bagi mengelak berakhirnya Umno pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Dia (Najib) nampak bangga sekali dengan kedatangan ramai ahli Umno ke sambutan ulang tahun 66 tahun Umno.
Biarkan ia berseronok kerana selepas ini sudah tiada lagi.

Sabtu, 12 Mei 2012

Pakatan mahu 'angkat' Najib sebagai ketua pembangkang - Anwar

HULU SELANGOR - "Kita perintah bukan sebab saya masuk penjara atau mahu (Datuk Seri) Najib masuk penjara, tidak. "Kita perintah, kita mahu angkat Najib sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia, itu saja." Demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 6,000 penyokong beliau terdiri daripada kaum India, yang hadir pada program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Anwar berkata, apabila Najib menjadi ketua pembangkang mudah bagi beliau memperlihatkan bagaimana menguruskan sumber kewangan negara dengan baik sehingga mampu melaksanakan apa yang beliau janjikan selama ini iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pembatalan kutipan tol.

Menurutnya, PR mampu melaksanakan janji tersebut kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kaedah pengurusan yang betul dan yakin negara tidak mungkin bankrup.

Selasa, 8 Mei 2012

'Najib tidak tahu beza Bersih-Mesir' - Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat membezakan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini dan kebangkitan rakyat yang disaksikan di Dataran Tahrir, Mesir tahun lalu.

Justeru katanya, Kerajaan Pusat pimpinan Najib menggunakan pelbagai pihak dan agensi untuk mengelirukan rakyat.

“Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata beliau ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.

Sabtu, 5 Mei 2012

Tuntutan Bersih tak dijawab, rakyat dilayan seperti penjenayah

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menjawab tuntutan rakyat berhubung pilihan raya bersih dan adil, sebaliknya memperlakukan demonstran pada 28 April lalu seperti penjenayah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Malam Gala KEADILAN, bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya semalam.

Mengulas keganasan polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0, Anwar menyifatkan ia tradisi kerajaan zalim berdepan penentangan rakyat.

Jumaat, 27 April 2012

Anwar: Tiada kompromi untuk hadir BERSIH

Menjadi kewajipan tanpa kompromi untuk semua rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan BERSIH bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Kuala Lumpur esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kata Anwar, kehadiran mereka bertujuan menuntut hak yang dijamin dalam perlembagaan dan bukan menuntut elaun atau ganjaran untuk diri sendiri.

Menurut Anwar, perhimpunan itu juga akan memberitahu perdana menteri dan anggota kabinetnya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan dalam pilihan raya.

PKR dedah keahlian Umno bos SPR

PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.

Khamis, 26 April 2012

Tanpa penipuan BN takkan berjaya rampas negeri Pakatan

PETALING JAYA -  Pakatan Rakyat (PR) menolak keras keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak.

Keyakinan balas itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu temu bual dengan Sinar Harian di sini, semalam.

"Saya menolak sama sekali tanggapan dan ramalan serta keyakinan (Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) kerana pada saya (kalau) perubahan politik (hendak) berlaku, mesti satu isu fundamental betul-betul yang boleh menggegar dan menggugat, penolakan total terhadap kerajaan yang memerintah hari ini," kata beliau.

Isnin, 23 April 2012

Pelancaran Jentera Pilihanraya PR Permatang Pauh.

Gambar-gambar Ceramah dan Pelancaran Jentera Pilihanraya PR Permatang Pauh pada 20 April 2012 di Parlimen Permatang Pauh.


Rafizi: Jika berkuasa, PR akan lipat ganda pendapatan peneroka

SHAH ALAM : Pakatan Rakyat (PR) akan melipat gandakan pendapatan bulanan peneroka Felda bagi meningkatkan nilai hartanah jika dipilih mengambil alih Putrajaya, kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli hari ini.

Tambah Rafizi, PR juga akan menyerahkan kuasa mengurus tanah rancangan terbesar di dunia itu bagi membolehkan mereka berjaya dengan usaha peneroka.

“Sekiranya PR berjaya memerintah, kami memikirkan untuk melipat gandakan pendapatan peneroka. Kalau sekarang ini pendapatan mereka RM4,000 sebulan, kita gandakan menjadi RM10,000 sebulan.

'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap' - Anwar

SERENDAH – Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.

“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.