Pengikut

Rabu, 10 Ogos 2011

Anwar dibenar hadir semasa sesi temubual saksi

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk hadir sewaktu sesi temubual saksi dijalankan oleh pasukan peguamnya.

Demikian diberitahu peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas perbincangan berlangsung di antara Pendakwa Raya dan juga pasukan peguam Anwar di kamar hakim pagi tadi.

Semalam, pendakwa raya menangguhkan sesi temubual dengan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rohwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir sewaktu temubual berlangsung.

Keputusan itu bermakna Pihak pembelaan  dibolehkan menemubual 10 saksi hari ini dengan kehadiran Anwar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun saksi itu tidak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Musa sendiri.

Tiada ulasan: