PULAU PINANG 6 FEB : Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), mempersoalkan tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyaman blogger, Amizudin Ahmat dan bukan Datuk Akhiruddin Atan berhubung artikel kes amah Indonesia.
Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali mempertikaikan, mengapa Amizudin menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com yang perlu disaman, dan bukannya Datuk Ahirudin Attan atau Rocky Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu berkenaan melalui tulisannya di blog.
Amir berkata, tindakan Rais Yatim kali ini jauh berbeza dengan tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman Ahiruddin selepas beliau menyiarkan satu artikel berkaitan pemberian tender bernilai RM 1 billion kepada anaknya yang kemudiannya dinafikan dan dilabel sebagai fitnah.
Katanya, mengapa tidak tindakan sama sekali lagi diambil ke atas Ahirudin selepas tersiarnya artikel di Rocky Bru, sebaliknya Sharpshooter yang mencedok artikel itu dari Harakahdaily dikenakan tindakan.
"Kita nampak pimpinan pusat memberi tekanan kepada blogger kita. oleh itu angkatan pulau pinang merasa terpanggil untuk bersama blogger yang mendapat tekanan ini"
"Pada 2 Februari lalu mahkamah tinggi telah membenarkan injuksi kepada datuk rais yatim bagi menghalang blogger Amirudin Ahmad daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri tersebut telah merogol seorang pembantu rumah Indonesia," katanya.
Amir berkata, menerusi sepotong ayat di dalam artikel yang dimaksudkan , 'hei pak menteri..mana mau lari...', ianya bukan hasil tulisan sharpsooter, tetapi diambil dari Harakahdaily.
"Permohonan itu menghalang amirudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap rais yatim menerusi blognya sharpshooterblogger.blogspot.com. mengapa Amirudin dan bukannyya Athiruddin? jika kita membanca artikel yang disiarkan sharpshooter, kita akan dapati artikel yang dimaksudkan iaitu, "hey pak menteri, mana mau lari" ianya bukan hasil sharpshooter sendiri tapi disiarkan dalam Harakahdaily," katanya.
"Permohonan itu menghalang amirudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap rais yatim menerusi blognya sharpshooterblogger.blogspot.com. mengapa Amirudin dan bukannyya Athiruddin? jika kita membanca artikel yang disiarkan sharpshooter, kita akan dapati artikel yang dimaksudkan iaitu, "hey pak menteri, mana mau lari" ianya bukan hasil sharpshooter sendiri tapi disiarkan dalam Harakahdaily," katanya.
Terdahulu, pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.
Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan