KENYATAAN MEDIA RASMI
AMKPP Menjunjung Titah
Seri Paduka Baginda YDP Agong
Seri Paduka Baginda YDP Agong
4 Julai 2011

Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) juga ingin mempersembahkan ucapan penghargaan atas keprihatinan dan pemedulian Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam memastikan keamanan Negara kekal terpelihara, suara rakyat didengar dan nasihat baginda agar pihak berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0, berunding demi merungkai segala permasalahan yang ada.

1. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kea rah Malaysia yang aman.
2. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menggesa “perang mulut” dan perdebatan mengenai titah ini di media massa dan media elektronik seperti blog, facebook dan twitter dihentikan serta-merta.
3. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyokong penuh usul Pakatan Rakyat (PR) agar panitia penganjur bersih mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menjelaskan kepada baginda akan matlamat murni perhimpunan aman rakyat Malaysia pada 9 Julai ini.
4. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyeru semua pihak, taat dan patuh pada saranan baginda agar pihak-pihak yang menutup pintu rundingan sebelum ini, terutamanya pihak PDRM dan SPR kembali membuka pintu untuk perbincangan dalam menangani konflik yang berlaku.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Naib Ketua1
Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP)
Naib Ketua1
Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan