Pengikut

Sabtu, 1 Januari 2011

AMK: Najib Mahu Menang Besar PRU Untuk Diamkan Musuhnya




SHAH ALAM 1 JAN : Perdana Menteri Najib Razak dilihat terdesak mengadakan pilihanraya umum mengejut untuk mendapatkan mandat rakyat bagi menangani anasir-anasir dalaman Umno yang menolak pimpinannya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata  pihak yang menentang Najib dalam umno semakin lantang  dan perdana menteri  memerlukan senjata baru untuk berdepan dengan mereka. 

Najib juga menimbang untuk mengadakan pilihanraya umum serentak dengan pilihanraya negeri  Sarawak kerana mengurangkan risiko negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Justeru Najib memanggil mesyuarat dengan ahli parlimen BN Sabtu depan untuk menimbang kesesuaian mengadakan pilihanraya umum walaupun tempoh kerajaan adalah sehingga 2013.

"Isu utama dalam hal ini adalah persoalan mandat. Datuk Seri Najib merasakan beliau tidak mendapat mandat yang mantap daripada rakyat apatah lagi daripada kalangan pemimpin Umno-Barisan Nasional bagi melaksanakan dasar-dasar beliau.

"Sebab itu kita lihat Najib seolah-olah berusaha menyakinkan pemimpin Umno-BN setuju dengan pilihanraya mengejut diadakan," kata Shamsul.

Beliau juga berkata ketahanan politik Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud juga menjadi kebimbangan Najib. 

"Satu lagi...kebimbangannya adalah berasaskan prestasi BN di negeri Sarawak (PRK Sibu) yang jelas menunjukkan penentangan terbuka rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud di mana dalam keadaan ketiadaan tidak ada penganti akan menyebabkan BN dalam keadaan yang lebih parah.

Sebab itu formula yang digunakan oleh Najib adalah mengadakan Pilihanraya Umum serentak dengan Sarawak yang akan tamat pada  Julai, depan.

"Kita lihat serangan bertalu-talu, persediaan demi persediaan dilakukan untuk pilihanraya umum tetapi kebimbangan Ahli Parlimen BN adalah sama ada rakyat benar-benar yakin dengan dasar ataupun transformasi yang dilakukan kerajaan.

"Di kalangan pemimpin Umno itu sendiri kita lihat dalam mesyuarat perhimpunan agung Umno turut melahirkan kebimbangan sama ada mereka mampu mempertahankan Putrajaya.

Shamsul berkata   apa yang lebih mengusarkan Najib adalah program 100 hari Pakatan Rakyat yang  diumumkan pada konvensyen gagasan itu , bulan lalu.

"10 program itu pun tidak mampu dijawab oleh BN yang sedikit sebanyak mengugat keyakinan rakyat kepada pimpinan Najib apatah lagi terhadap kerajaan BN," tegas beliau.

Tiada ulasan: