Pengikut

Sabtu, 1 Januari 2011

AMK : Ayuh Isytihar 2011 "Tahun Pemulihan Malaysia"!


SHAH ALAM 1 JAN : Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang, tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam kenyataan medianya Shamsul berkata di sebalik perencanaan agenda transformasi yang bermacam-macam jenis oleh Umno-BN, rakyat seolah-olah tidak merasai kesannya baik secara langsung ataupun tidak langsung. 

Yang pasti, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kemungkinan kenaikan harga tarif air dan elektrik nyata sekali akan terus menghimpit kehidupan rakyat yang terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi dari hari ke hari.

"Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) meyakini sepenuhnya bahawa cabaran tahun 2011 bukan sesuatu yang mudah bagi generasi muda Malaysia. Ternyata, melalui propaganda Umno-BN, rakyat seolah-olah sedang dihipnotis agar melupakan bala yang dilakukan oleh Umno-BN. Dalam masa yang sama, tawaran KEADILAN dan Pakatan Rakyat (PR) diperkecil dan dihenyak sepanjang masa oleh media," tegas Shamsul.

Shamsul berkata KEADILAN dan PR konsisten di dalam menawarkan penyelesaian kepada kemelut politik dan ekonomi yang membelenggu rakyat Malaysia. Segalanya dihalusi dengan kajian dan penyelidikan yang terperinci dengan mengambil kira pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Memperlihatkan kepada keampuhan KEADILAN dan PR, Umno-BN tergamak untuk membelakangi prosedur untuk melakukan pelbagai tekanan ke atas KEADILAN, antaranya ialah mengharamkan permit Suara Keadilan dan juga menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen PR: YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa Rasiah daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan," katanya.

Shamsul juga menegaskan dalam keadaan 2011 bakal menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan dalam suku tahun kedua, rakyat seharusnya membulatkan tekad menolak Umno-BN.

"AMK percaya bahawa rakyat semakin bijak. KEADILAN dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik," katanya lagi.

Tiada ulasan: