KUALA LUMPUR : Dakwaan kononnya video perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu diubah bagi memburukkan imej polis, merupakan helah pihak berkuasa yang gagal menjelaskan layanan keras ke atas peserta Bersih.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa sebuah portal berita pro pembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian pada himpunan itu.
Bagaimanapun, akhbar milik Umno itu tidak menyatakan nama portal pro pembangkang berkenaan.
Selain itu, Utusan juga memetik sumber bahawa polis juga memperoleh ‘video asal’ yang menunjukkan keganasan polis,termasuk membiarkan seorang peserta yang cedera dalam keadaan bergari.
Azmizam berkata, tidak mustahil ‘video asal’ yang kononnya diperoleh polis itu, telah diubah suai oleh pihak berkuasa itu sendiri.
“Saya tak menolak sebarang kemungkinan dan tak mustahil polis yang akan mengubahsuai video untuk dijadikan bahan bukti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Jelas Azmizam lagi, kebanyakan video yang dimuat naik di internet terutama di laman Youtube dan disebarkan ke laman sosial seperti Facebook, adalah rakaman yang diambil oleh peserta himpunan itu sendiri.
Ia memaparkan keganasan yang dilakukan polis, termasuk melepaskan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai
menendang dan memukul peserta yang hadir dalam himpunan tersebut.
“Isu edit bukanlah isu sebenar, yang lebih utama ialah polis menjawab dulu cara layanan mereka terhadap rakyat. Jelaskan dahulu kerana itu isunya,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Azmizam berkata, beliau turut dikasari oleh pihak polis pada hari kejadian, meskipun tidak melakukan sebarang provokasi seperti yang diwar-warkan.
” Saya sendiri mengalaminya, meskipun tidak membuat sebarang provokasi tetapi ditolak oleh polis yang menyamar sebagai media,” katanya lagi.
Justeru belia mencabar pihak polis agar mendedahkan video yang dikatakan terdapat percubaan provokasi dari peserta himpunan itu dengan segera.
“Saya juga hairan kerana sehingga kini tiada pendedahan video bukti yang diwar-warkan oleh polis sebelum ini dan kenapa ianya mengambil masa yang lama?” tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan