PETALING JAYA 16 JAN : Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Pemuda Umno memberikan respons segera kepada cabaran mereka agar berdebat berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Menurut Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata AMK telah menghantar surat rasmi ke pejabat Ketua Pemuda Umno sebelum PKR menawarkan Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategik untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin.
"Sehingga ke hari, tidak ada jawapan secara rasmi.
"PKR sama ada Ketua AMK atau Rafizi, kita berdebat demi kepentingan bukannya kerana 'personal glory'" ujar Shamsul dalam sidang media di Ibu pejabat PKR, petang tadi.
Rabu lalu, Shamsul berkata pihaknya telah menghantar surat jemputan rasmi tetapi sehingga kini tidak ada maklum balas.
"Tetapi belum ada respons daripada Pemuda Umno untuk berbahas mengenai pelan pembaharuan Pakatan.
"Kami hendak menjelaskan dasar-dasar kami, apa yang kami lakukan bukan untuk kemegahan peribadi . . . ia antara Pemuda Umno dan PKR, tiada yang lain," kata Shamsul Iskandar hari ini.
Cabaran debat daripada kedua-dua Pemuda PKR dan Umno mendapat perhatian selepas Anwar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat dengan beliau berhubung dasar-dasar Pakatan Rakyat.
Anwar membuat cabaran itu selepas Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, membidas Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai langkah yang akan memufliskan negara.
Shamsul Iskandar berkata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah ditawarkan oleh parti untuk berdebat dengan Khairy berhubung perkara tersebut.
"Isu debat adalah perkara serius . . . jika Pemuda Umno tidak memberikan jawapan, Angkatan Muda PKR akan menganggap ia sebagai petanda bahawa Pemuda Umno tidak bersedia untuk berdebat dengan kami (mengenai dasar-dasar kami)," kata Shamsul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan