Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

AMK: Najib jahil agama Tohmah Yusuf Qaradawi

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai jahil agama apabila membayangkan ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas.

“Najib sebenarnya jahil dengan agama dan kebangkitan di Mesir bukan desakan daripada golongan ulama tetapi rakyat perlukan perubahan.

“Beliau seakan tidak sedar apa yang dicakapnya sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan tersebut,” kata Shamsul kepada KeadilanDaily.com.

Najib sebelum ini membayangkan Yusuf Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang akrab dengan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebagai pengganas sewaktu bercakap pada satu persidangan di Istanbul.

Kenyataan Perdana Menteri itu kemudian dipetik National Review, sebuah majalah politik antarabangsa dalam talian.

Najib dilapor berkata, beliau ‘risau, sangat risau’ dengan Yusuf Qaradawi kerana menganggap pemimpin seperti itu akan menyesatkan Timur Tengah kerana menghalalkan keganasan.

“Kita hilang jalan pertengahan kepada puak pelampau di Timur Tengah,” kata Najib, dipetik.
Shamsul tidak menolak kemungkinan kenyataan itu berikutan Najib dihantui kebimbangan mengenai kebangkitan rakyat Mesir merebak ke Malaysia kerana negara ini pernah menobatkan Yusuf Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.

“Yusuf Qaradawi adalah ulama yang dihormati seluruh dunia di samping fatwa-fatwa yang mencakupi peredaran masa. Mungkin sebab pernah diiktiraf Malaysia, Najib takut benih-benih itu bercambah di kalangan negara kita.

“Yang pasti, kenyataan Najib hanya berteraskan politik hipokritnya yang selama ini dilaung-laungkan beliau sendiri yang lupa dengan prinsip demokrasi di negara kita,” katanya.

Tiada ulasan: