Pengikut

Isnin, 26 Mac 2012

Samseng Umno ditangkap ganggu sambutan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 26 Mac: Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam dicemari dengan insiden gangguan oleh samseng Umno, yang kelihatan seperti sudah menjadi kebiasaan akhir-akhir ini.

Ketika pemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi ucapan, seramai kira-kira dua puluh samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.

Hadirin bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui kekecehon yang berlaku. Keadaan menjadi tegang untuk beberapa minit sebelum pengawal dan polis yang bertugas berjaya menyuraikan samseng-samseng berkenaan.

Pergaduhan mulut berterusan antara kumpulan itu dan hadirin di dalam stadium dan seorang daripada mereka ditangkap dan dibawa ke perkarangan stadium. Walau bagaimanapun, Unit Amal PAS cekap bertindak menyelamatkan pemuda itu daripada dipukul orang ramai.

Anggota Unit Amal dan juga penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Jamal mengesahkan samseng-samseng tersebut merupakan penduduk tempatan dan ahli Umno.

“Majoritinya berumur belasan tahun, dan tiga atau empat orang dewasa bertindak mengepalai mereka”, jelas Jamal yang turut terlibat menyelamatkan pemuda terbabit. -KD

Tiada ulasan: