Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

‘Umno mahu saya bergaduh dengan Nik Aziz’

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno mahu beliau bergaduh dengan Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, kata ketua pembangkang itu, tidak mungkin beliau bergaduh dengan Menteri Besar Kelantan itu kerana menganggapnya sebagai guru beliau.

“Saya tidak ada kemungkinan nak gaduh dengan dia. Saya dalam mesyuarat dengan DAP, saya beritahu Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz orang baik.

“Saya beritahu, walau kita berbeda berpendapat dengan Nik Aziz, kita kena hormat kerana dia orang baik, yang jahat itu Umno,” kata beliau daiam ceramah di Kuantan.

Anwar juga menegaskan pendirian beliau dalam soal negara Israel sama dengan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf Israel.

`Umur muda, perangai tua’

“Syarat dengan syarat PAS adalah sama, cuma saya kata jika syarat itu dipenuhi kita boleh runding tetapi tak payah lah runding kerana dia tidak penuhi syarat,

“Ini paling baik bagi Umno jika saya gaduh dengan Nik Aziz, ini hadiah paling besar yang dia dapat kalau Anwar bergaduh dengan Nik Aziz,” tambah beliau lagi.

Menurut Anwar, pada tahun 1973 beliau mengetuai bantahan pelajar menentang serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Palestin.

Anwar menambah, Presiden Palestin waktu itu, Yasser Arafat menganggap beliau sebagai anak angkat negara Palestin.

Dalam ceramah tersebut, Anwar mendakwa Pemuda Umno bekerja untuk mengaib dan menabur fitnah.

“Pemuda Umno tidak boleh pakai, isu rasuah diam, syarikat arak diam. Pemuda Umno itu, umur muda, perangai tua,” kata beliau lagi. -FMT

Tiada ulasan: