Pengikut

Selasa, 31 Mei 2011

PKR fail mahkamah halang ROS


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu.Menurut Naib Presiden PKR, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.
 
“Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran PKR.

“Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan selepas 9 Jun,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, antara barisan peguam yang mewakili PKR bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).

“Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini,” kata beliau.
Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun 2011.
 Pautan
Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran PKR akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.

Tiada ulasan: