Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

PROGRAM ZIARAH MINGGUAN AMK/UKP DI 3 KADUN PARLIMEN PERMATANG PAUH

Program mingguan kali ini Skuad menziarahi isteri kepada arwah Pak Tam, mantan Timbalan Ketua Cabang.Selepas ini kami ingin fokus kepada kes-kes rumah yang dalam keadaan dhaif & wajar dibaik pulih.

Secara dasarnya pihak kami telah mendapat persetujuan dari agensi berkaitan untuk membekalkan bahan binaan rumah. Permasalahannya sekarang ialah ketiadaan tukang yang sanggup menawarkan khidmat sukarela untuk tujuan baik pulih rumah.

Komitmen ahli-ahli Skuad amat memberangsangkan dari masa kesemasa. Harapan agar momentum ini berterusan hingga ke PRU-13 nanti. Terima kasih kepada anggota Skuad yang komited kpd kerja-kerja kebajikan.Semoga di masa depan lebih ramai yang tampil kehadapan, khususnya wanita muda AMK.


Tiada ulasan: