Pengikut

Isnin, 18 Julai 2011

AMK akan jelajah seluruh negeri adakan program ‘Kita Semua Baharudin’

Angkatan Muda KEADILAN, (AMK ) mengambil inisiatif melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kita semua Baharudin’ (We all Baharudin) ke setiap negeri dalam menjayakan rangka kerja penerangan di semua peringkat AMK.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan program tersebut akan dijalankan selama 30 hari merangkumi pelbagai aktiviti termasuk ceramah penerangan dan edaran risalah tawaran Pakatan Rakyat.

“Kita buat ketetapan untuk melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kami semua adalah Baharudin’ akan kita mulakan sepanjang bulan Ramadhan mulai 1 Ogos ini,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Tambahnya, program yang diatur itu bukan sahaja melibatkan aktiviti keagamaan tetapi turut memberikan penerangan ke semua peringkat yang dengan menjurus kepada golongan muda.

“Program itu santai. Pada siang hari kita akan adakan aktiviti mengedar risalah dan memberi penerangan kepada rakyat setempat.

“Manakala sebelah malamnya lebih kepada program keagamaan memandangkan ianya dijalankan bulan puasa,” jelas Shamsul selepas mempengerusikan mesyuarat Exco AMK bulanan di Ibu Pejabat KEADILAN.

Tiada ulasan: