Umno Selangor khususnya Datuk Sohaimi Shahdan tidak layak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim biadap, sebaliknya wajar cermin diri dahulu, tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Mansor Haji Othman.
Mansor yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian kerana Sohaimi sebelum ini dipercayai terbabit dalam aksi ekstrem mengarak 'kepala lembu berdarah' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos dua tahun lalu.
Bahkan kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang lagi, Sohaimi dikatakan antara dalang yang mencetuskan demontrasi rasis kononya mewakili penduduk tempat ekoran cadangan kerajaan negeri Selangor memindahkan kuil Hindu ke Seksyen 23 di Shah Alam ketika itu.
"Baik dia (Sohaimi) atau Umno sendiri cermin diri sebelum tuduh dan fitnah Anwar biadap kononnya mengatakan 'pandi kutty' (anak babi) kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Klang Sabtu lalu," tegasnya pada satu kenyataan media di Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1), KOMTAR, di sini.
Penegasan Mansor itu sebagai merujuk pada tuduhan Sohaimi di akhbar Sinar Harian, hari ini.
"Saya sendiri tidak sanggup menyebut kembali perkataan yang diluahkan Anwar itu kerana ia sangat kurang ajar, apatah lagi ditujukan kepada pemimpin negara. Bagi saya, perbuatan Anwar itu sangat keterlaluan," dipetik dari Sinar Harian.
Mansor yang juga Ketua Perhubungan PKR Negeri berkata, tindakan Umno mengamalkan politik adu domba dan fitnah ke atas pemimpin Melayu seperti Anwar menyerlahkan bahawa perjuangan Umno sekarang menyimpang dari matlamat asal penubuhan, iaitu menyatupadu Melayu.
"Kalau Umno ini (memperjuangankan kepentingan Melayu), dia tak akan fitnah pemimpin Melayu (seperti Anwar) seperti yang dibuat Suhaimi ini.
"Melayu, orangnya sopan, amanah dan toleransi dengan kaum-kaum lain di tanah air. Umno, orangnya rasis, cuba perbodoh Melayu dengan pelbagai fitnah seperti arak kepala lembu di Shah Alam dua tahun lalu dan sanggup fitnah orang tertentu (Anwar) dengan buat klip video seks.
"Semua ini (aksi tidak beradab) bukan orang Cina atau India lakukan. YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP) sendiri pertahan peribadi Anwar waktu Umno mengfitnah pemimpin Melayu itu. Sebab itu, saya kata Umno sudah tersasar dari matlamat menjaga Melayu," ujar beliau.
TV Selangor semalam melaporkan Anwar sendiri mendakwa Umno mengfitnah dirinya lagi.
Rakaman sebenar ucapan Anwar antara lain berbunyi, "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".
"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada."
Sehubungan itu, Mansor menasihatkan Sohaimi agar mengajar adab kebartawanan pada Utusan Malaysia terlebih dahulu supaya akhbar pro Umno itu tidak lagi mengfitnah mana-mana pemimpin Melayu yang lain pula selepas ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan