Angkatan Muda Keadilan  (AMK) hari ini mendesak pengerusi Risda, Tan Sri  Abdul Rahim Thamby  Chik meletak jawatan berhubung isu tayangan video  seks yang mengaitkan  Datuk Seri Anwar Ibrahim.Desakan  itu dibuat oleh ketuanya,  Shamsul Iskandar Md Akin yang berhimpun  bersama kira-kira 20 anggota  AMK di pejabat Risda di Jalan Ampang petang  ini. 
Ini  kerana Shamsul mendakwa bekas ketua menteri Melaka  itu bersalah  terlibat dalam jenayah mengikut seksyen 292 Kanun  Keseksaan kerana  menyiarkan bahan berunsur lucah.  Shamsul  menyifatkannya sebagai satu  fitnah jahat, satu pengkhianatan terhadap  politik Malaysia kerana  menggunakan cara 'membalas dendam".
Bercakap  dalam satu  sidang akhbar, beliau berkata, kalau dahulu Rahim meletakkan  jawatan  kerana menjadi liabiliti kepada parti, dan sekarang Shamsul  mendakwa  bekas ketua menteri Melaka itu menjadi liabiliti kepada negara  kerana  melakukan jenayah dan mengaku mendedahkan pelakuan lucah. 
Menurutnya   lagi, pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan   Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini berhubung pengakuan Rahim yang menjemput   ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan didakwa cuba  menawar  sejumlah wang untuk melompat parti.   Shamsul   kemudiannya bersama tiga pemimpin AMK cuba untuk bertemu dengan pihak   pengurusan Risda untuk menyatakan pendirian mereka dan menyerahkan   memorandum berhubung isu berkenaan.      Bagaimanapun, mereka tidak  dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum mendesak Rahim melepaskan  jawatan.      
Sehubungan, itu, katanya, beliau akan menyampaikan memorandum tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap Risda.
Sehubungan, itu, katanya, beliau akan menyampaikan memorandum tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap Risda.Shamsul   serta penyokongnya kemudiannya beredar dari situ sambil melaungkan   beberapa kali "undur Rahim, "siasat Rahim" dan "komplot Jahat" beberapa   kali.      Kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan di situ dan  membuat membuat halangan jalan menuju ke pejabat Risda.      Tiada  tangkapan atau kejadian yang tidak diingini berlaku.   
Sebelum   itu, sebelum bergerak ke pejabat Risda di Ampang, kira-kira 40 anggota   AMK berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur selepas solat Jumaat bagi   membantah video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis.  
Perhimpunan   di Masjid Jamek itu diketuai oleh Shamsul. Turut hadir beberapa   pimpinan AMK antaranya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ketua AMK Batu   Rozan Asep Mat Rasip.
Perhimpunan   di Masjid Jamek itu diketuai oleh Shamsul. Turut hadir beberapa   pimpinan AMK antaranya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ketua AMK Batu   Rozan Asep Mat Rasip.  Dalam ucapannya, Shamsul  berkata  pihaknya berhimpun untuk menyatakan pendirian mereka membabitkan  kes  terbaru itu yang disifatkannya sebagai "fitnah ketiga".  "Ia dirancang  untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan, kerana beliau  membawa agenda reformasi," katanya.
Beliau juga menggesa  semua pihak menyatakan pendirian mereka berhubung isu terbaru yang  dikaitkan dengan Anwar itu.  Shamsul  juga berkata semua pihak hendaklah  menolak pemimpin yang didakwa  menggunakan cara yang "jijik" untuk  menjatuhkan pemimpin mereka.  "Ini  bukan cara yang mengikut  undang-undang. Kita akan terus lawan untuk  memberi kesederan dan  memberi maklumat kepada rakyat," katanya.
Sementara   itu di Melaka, kira-kira 100 anggota kumpulan NGO yang menamakan diri   mereka sebagai Kumpulan Gerakan Rakyat Prihatin, berhimpun secara aman   di perkarangan Masjid Al Azim selepas solat Jumaat, mendesak ditubuhkan   suruhanjaya diraja menyiasat kes video seks tersebut. Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit, bersama beberapa sepanduk mendesak kerajaan berbuat demikian.
Ketua   kumpulan tersebut, Shaari Abu berkata, tindakan itu dibuat supaya   kerajaan mendengar rayuan mereka berhubung isu yang telah menimbulkan   tandatanya di kalangan masyarakat.  "Baru-baru ini  rakyat terkejut  dengan penampilan tiga individu yang mendedahkan perkara  ini, iaitu  bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik,  ahli  perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA,  Datuk  Shuib Lazim.
"Kami bukan menuduh perkara ini,  namun,  jika benarkan pemimpin yang dikaitkan terbabit, maka kami  mendesak  beliau meletak jawatan," katanya.  Shaari  berkata, bukan sahaja  kalangan pemimpin pembangkang, malah mana-mana  pemimpin yang berkaitan  juga, turut tidak terkecuali.
"Sekiranya  mana-mana  pemimpin sekalipun yang terlibat dalam apa-apa kes yang boleh   mengaibkan negara dan sehingga mengkucar-kacirkan  keharmornian negara,  mesti meletak jawatan.  "Justeru,  kami NGO berharap sangat agar suara  kami didengar, kita tidak menuduh  individu tersebut cuma kita mencari  keadilan dan kebenaran," katanya.
Semalam,   pemimpin PKR di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap   kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung   penayangan video tersebut. Di  Kuala Lumpur, ahli parlimen  Kelana Jaya Gwo Burne membuat laporan ke  atas Datuk T kerana  mengedarkan bahan lucah dan melakukan  ugutan jenayah.
   Beliau diiringi oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen  Kapar S Manikavasagam.  Datuk T adalah nama samaran bagi tiga tokoh -  Rahim Chik, Eskay dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
  Di  Alor Setar, kira-kira 30 ahli PKR Kedah mengadakan perhimpunan di  luar  balai polis Alor Setar semalam bagi mendesak kumpulan tiga orang  yang  menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' ditangkap.
Perhimpunan   aman selama 10 minit ini diketuai oleh ahli jawatankuasa pusat PKR,   Gooi Hsiao Leung, yang juga membuat laporan polis selepas perhimpunan   itu.  

Polis   diminta menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut   Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002,   kerana menayang bahan lucah kepada awam serta Seksyen 503 Kanun   Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Datuk Seri Anwar   Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Semalam   Rahim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah   dipanggil memberi keterangan di ibupejabat Bukit Aman  berhubung video   tersebut  Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rahim  berkata beliau  telah menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang  dikatakan  diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.
   Katanya, beliau telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan  dalam siasatan selama hampir lima jam itu.  Rahim turut mengulangi  tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes  berkenaan. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan