Pengikut

Sabtu, 10 September 2011

Risalah fitnah: AMK bersama Pemuda Pakatan Pulau Pinang buat laporan polis


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung risalah yang mengecam kerajaan negeri, yang didakwa AMK akan disebarkan sewaktu sambutan hari terbuka Aidilfitri di Permatang Pauh esok.

Laporan itu, yang dibuat di ibupejabat polis Bukit Mertajam, diterima oleh konstabel Rozanna Othman sejurus selepas tengah hari semalam.

Ketua AMK negeri, Amir MD Ghazali (tengah) berkata salinan yang menyerupai risalah '30 dasar kerajaan berjiwa rakyat' diserahkan kepadanya oleh seorang rakannya di Kubang Semang semalam.

Amir berkata, salinan tersebut yang kelihatan serupa dengan risalah asal, mengandungi "fitnah dan tuduhan" terhadap kerajaan negeri.

Beliau memandang berat risalah itu akan disebarkan di rumah terbuka Aidifitri esok yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau membuat laporan tersebut untuk meminta pihak polis menyiasat perkara itu kerana ramai ahli exco negeri akan turut menghadiri majlis tersebut.

Tiada ulasan: