Malam Gala Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel
terkemuka di Bandar Utama Petaling Jaya malam tadi sungguh meriah dan
sekaligus mencerminkan parti berkenaan semakin mendapat sokongan dan
dokongan padu orang ramai. Sebanyak 152 buah meja disediakan yang
dianggarkan lebih 1,500 yang hadir.
Sesuatu merujakan majlis semalam mendapat sokongan menggalakkan dari
masyarakat kaum Cina. Hampir separuh dari meja yang disediakan dipenuhi
oleh orang-orang Cina.
Tetamu majlis itu Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim, turut hadir Presiden
Dr Wan Azizan Ismail, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib
Presiden Nurul Izzah, bekas timbalan presiden Syed Husin Ali serta para
pimpinan PKR.
Sementara Husam Musa turut hadir sebagai mewakili Mursyidul Am, Nik
Abdul Aziz Nik Mat manakala Ahli Parlimen Kepong, Dr Tang Seng Geok pula
mewakili DAP.
Majlis makan malam (gala) disifatkan Anwar sebagai paling berjaya dan
melegakan Bendahari PKR. Sekaligus majlis malam tadi seolah-olah sebagai
meraikan sebahagian mereka yang terlibat dalam himpunan Bersih:
Duduk dan Bantah yang diadakan Sabtu lepas.
Sebagai menyatakan kegembiraan dan sokongan kepada PKR, berbagai hadiah
atau cenderamata diberikan kepada Anwar Ibrahim ini termasuklah derma
dari sebuah syarikat pengeluar minyak, Jeslin Oil minyak mujarab serba
guna dan dapat menyembuhkan berbagai penyakit kronik.
Apa yang dapat disaksikan malam tadi ternyata gaya kepimpinan dan
idealisme Anwar diterima dan disenangi. Sambutan dan penghormatan yang
diberikan kepadanya seolah-olah beliau sudah menang dalam pilihan raya
dan bakal dinobat sebagai perdana menteri.
Orang ramai yang tidak lekang megelilinginya untuk bergambar dengan
beliau dan isterinya menunjukkan Anwar benar-benar berada di hati
rakyat.
Dalam ucapan rengkasnya Anwar mengambil peluang untuk mengulas tohmohan
Najib Razak yang menyifatkan usaha para himpunan Bersih 3.0 untuk
memasuki ke Dataran Merdeka sebagai usaha untuk merampas kuasa dan
menjatuhkan kerajaan secara kudeta.
Anwar menempelak Najib tuduhan itu sebagai gambaran keadaan Najib hari
ini yang dalam ketakutan dengan bayang-bayang sendiri. "Tujuan kita buat
Bersih ialah untuk memastikan pilihan raya bersih... ini bermakna kita
akan berlawan dengan Umno menerusi pilihan raya dan bukan dengan cara
ditohmahkan Najib itu," katanya.
Mengenai Bersih beliau sekali lagi mengulangi bahawa apa yang berlaku
Sabtu lalu, tindakan polis membelasah peserta himpunan Bersih adalah
tindakan seumpama itu yang paling rakus dan Malaysia kini berada di
senarai teratas di Asia sebagai sebuah negara di mana polis bersikap
kejam.
"Saya tidak marahkan kepada polis, tetapi yang kita marah ialah Umno
yang memperguna dan memperalatkan polis bagi menjaga kekuasaanya,"
tegasnya.
Sebagai acara selingan sebuah drama sebabak di pentaskan sebagai halwa
mata dan telinga hadiran. Drama yang dimainkan oleh anak-anak teater
Hishamuddin Rais itu berunsur jenaka tetapi penuh sinikal mengkritik
Najib, isterinya Rosmah dan beberapa ahli politik lompat katak.
Bagi saya drama malam tadi yang tidak diketahui tajuknya kurang manis
sedikit kerana ia penuh dengan kritrikan, sidiran dan mempersendakan
Najib agak keterlaluan.
|
Anwar sedang menyampaikan ucapan. |
|
Shamsul Baharin dan Rusdhan bersalaman dengan Azmin. |
|
Di tengah Khalid Ibrahim MB Selangor. |
|
Anwar bersalaman dengan sekteriat Malam Gala. |
|
Anwar menerima sebuah lukisan yang dihadiahkan untuknya. |
|
Anggota Exco Selangor Yaakob Sapari. |
|
Husam, Saifuddin dan Anwar... serius mendengar sesutau diperkatakan Husam. |
|
Dr Tan Seng Geok dan pengarah Mala Gala. |
|
Persembahan drama sebabak yang cukup sinikal. |
|
Syed Husin Ali turut sama hadir. |
|
Anwar menerima kalungan bunga dari bekas pemimpin MIC N9. |
|
Wakil Jeslin Oil menyampaikan derma untuk PKR. |
|
Seusai majlis orang ramai berebut mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Anwar dan Dr Wan Azizah. -MSO |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan