Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

Apakah dana NFC juga diseleweng Wanita Umno? – Fariz Musa

KUALA LUMPUR 6 Jan: Jingga 13 mempersoalkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dilihat cuba mengheret pergerakan wanita itu dalam skandal penyelewengan RM250 juta dana National Feedlot Corporation (NFCorp).

Ketuanya, Fariz Musa mengulas kenyataan terbaru Shahrizat kononnya serangan ke atasnya bertujuan menjatuhkan dirinya dan wanita Umno.

“Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil seolah-olah mengheret Wanita Umno bersama dalam polemik yang melibatkan ahli keluarga beliau dengan Skandal NFC tersebut .

“Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita Umno apabila beliau cuba mengheret Wanita Umno sama?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fariz, sekiranya dana NFC juga diseleweng oleh wanita Umno, ia bermakna berlaku pecah amanah untuk menjaga kepentingan parti itu.

“Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar , lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah (untuk menunaikan umrah),” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Justeru Jingga 13 juga katanya mendesak polis dan SuruhaPautannjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dengan telus dan profesional.

“Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil juga wajar diambil kira seolah-olah bertindak mempertahankan penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh ahli keluarga beliau.

“Ia termasuk tindakan merasuah pihak polis oleh Pengerusi Eksekutif NFC yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohahamad Salleh Ismail melalui orang tengah, Datuk Samsulbahrain yang masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya,” tegas Fariz. -kd

Tiada ulasan: