Pengikut

Sabtu, 14 Januari 2012

Bersihkan Malaysia dan pimpin rakyat ke Putrajaya - Azmin

ALOR SETAR 14 Jan : Berhadapan lebih 2000 perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga, Timbalan Presiden KEADILAN Azmin Ali ketika menyampaikan ucapannya menegaskan Pakatan Rakyat sudah bersedia memikul tanggungjawab menerajui Putrajaya.

“Pakatan Rakyat tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.

“Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat,” kata Azmin.

Untuk mentadbir Putrajaya, Pakatan Rakyat kata Azmin, bertanggungjawab untuk ‘membersihkan’ Malaysia daripada budaya rasuah Umno.

“Kita bertanggung jawab bersihkan Malaysia daripada ‘gutter politics’ dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh UMNO. Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

Menurutya lagi, Pakatan Rakyat juga merangka dasar-dasar yang jelas untuk rakyat serta kepimpinan yang bersih, berbeza dengan kepimpinan Umno BN yang terpalit dengan pelbagai skandal.

“Pakatan sudah bersedia menggalas amanah dan harapan yang disandarkan rakyat. Kita (Pakatan Rakyat) ada dasar yang jelas, Buku Jingga, pimpinan yang bersih serta pengalaman mentadbir 4 negeri.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, Pakatan turut membuktikan kesediaan itu melalui kejayaan mentadbir negeri-negeri Pakatan seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Tambahnya, rakyat kini semakin nyaring menuntut reformasi dan perubahan sekaligus memberikan satu tanggungjawab kepada Pakatan Rakyat untuk terus menawan Putrajaya.

“Pakatan punyai keupayaan mentadbir Putrajaya dan cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian kerana rakyat tidak sabar menantikan demokrasi dilaksanakan dalam negara,” kata Azmin.

Tambahnya lagi, konvesyen kali ini yang sekali lagi menghimpunkan pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukti perpaduan yang semakin kukuh walaupun terdapat pelbagai cubaan Umno untuk melagakan parti-parti dalam Pakatan.

“Pakatan kini semakin kebal dengan asakan Umno yang kini berada di ambang senjakala,” katanya lagi. -KD

Tiada ulasan: