Ini kerana katanya, blogger itu tidak mungkin dapat menaiki kapal selam itu tanpa memiliki hubungan akrab dengan pimpinan Umno.
“Mana mungkin blogger upahan itu dibenarkan naik jika tidak memiliki hubungan akrab dengan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi?
“Isu keselamatan negara tidak boleh dikompromi kerana tindakan Umno membenarkan blogger upahan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia membuktikan tidak sensitifnya Umno terhadap keselamatan negara,” katanya.
Pada 10 Disember lalu, blogger upahan itu menulis diblognya beserta gambar beliau memasuki kapal selam itu.
Peliknya, pada masa sama, media lain dihalang membuat liputan mengenai Kapal Selam itu yang turut terkait dengan rasuah melibatkan Najib.
Awal tahun ini, blogger upahan itu mendapat rakaman eksklusif ‘Video fitnah Seks’ milik Kumpulan Datuk T, yang merupakan antara taktik jahat Umno menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Betapa hinanya Umno, BN dan pentadbiran Najib yang memiliki hubungan akrab dengan blogger yang memaparkan bahan lucah dan kata-kata keji di blognya.
“Ini menunjukkan betapa Umno bergantung kepada tentera upahan jahat seperti Papagomo untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Surendran juga mengajak pentadbiran Najib agar berdebat secara adil dan bebas dalam apa jua isu berbanding menabur fitnah.
Najib sehingga kini enggan berdebat dengan Anwar melibatkan ekonomi negara dan kandungan Buku Jingga walaupun Najib yang pada awalnya mencabar Anwar mengenainya. -KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan