KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) kecewa dengan kerakusan Barisan Nasional (BN) menggunakan institusi keselamatan negara seperti polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli berkata, BN kini sangat takut kepada kebangkitan rakyat sehingga baju yang dipakai oleh rakyat sendiri perlu dikawal parti pemerintah itu.
“Ketakutan melampau Barisan Nasional ini membuatkan mereka ingin mengawal segalanya baik dari gerakan politik, cara berfikir, cara hidup, hinggalah warna baju yang dipakai harus selaras dengan kehendak UMNO-Barisan Nasional,” ujarnya dalam satu kenyataan.
AMK katanya membantah tindakan polis menahan dan menyoal siasat mantan ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin di Shah Alam, Sabtu lalu bersama dua anggota AMK Kapar.
Dua lagi anggota AMK gombak dan tujuh ahli AMK Ampang ditahan hanya kerana mereka berbaju kuning.
“Undang-undang bukan digunakan menjadi perkakas demi pertahankan kepentingan politik parti tertentu.
“Intergriti institusi awam termasuk badan keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia harus berkhidmat demi keselamatan rakyat dan keperluan umum, bukan mengikut telunjuk UMNO-Barisan Nasional,” tegas Saifullah.
Di sebalik tekanan tersebut katanya, AMK menyarankan rakyat supaya terus memakai baju, lencana atau apa sahaja imej berwarna kuning sebagai protes senyap terhadap kebobrokan Umno-BN.
“Rakyat akan berhimpun pada 9 Julai nanti sebagai penentu pilihanraya umum yang bebas dan adil. AMK Selangor komited dan akan mengerahkan 20,000 ahli AMK seluruh Selangor agar turun bersama Gelombang Kuning ini,” ujar beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan