JOHOR BAHRU 26 Nov: KEADILAN , adalah sebuah parti yang memiliki sejarah unik dan lahir akibat penindasan dan tekanan pemerintah Umno-Barisan Nasional, kata jurucakap kumpulan hak asasi, Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri.
Katanya, perjuangan KEADILAN menuntut kebebasan, keadilan ekonomi dan sosial telah berjaya memecahkan tembok perkauman di negara ini.
“KEADILAN punyai sejarah unik. KEADILAN berjaya memecah tembok perkauman, suatu yang sangat digeruni Umno dan Barisan Nasional. Perjuangan yang menyatukan kita ialah tekanan dan penindasan.
“Anak muda bosan politik dengan perkauman sempit, kotor dan remeh yang dibawa rejim Umno-BN. Undang-undang yang zalim mengekang kita untuk mempraktikkan hak-hak kita yang terjamin bawah perlembagaan,” katanya ketika berucap pada slot ‘Pidato Rakyat’ sempena perasmian Kongres Nasional KEADILAN, di Pulai Spring Resort.
Beliau mengingatkan sebab KEADILAN bertahan sehingga ke hari ini ialah kerana prinsip keadilan tanpa mengira warna kulit dan latar kepercayaan.
Tegasnya, parti itu lahir dari darah, keringat dan air mata bagi menuntut kebebasan rakyat Malaysia dan bukan sekadar laungan ‘Reformasi.
“Kita perlu kembali faham matlamat kewujudan kita sebagai manusia. Ingat bahawa rakyat memerhatikan,” katanya berpesan agar bakal pemimpin sentiasa kembali kepada asas perjuangan KEADILAN.-KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan