SHAH ALAM – Tindakan Pemuda UMNO hadir ke Pejabat PKR dan mengugut mahu membakar pejabat itu sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) tidak dihentikan dianggap sebagai cubaan mewujudkan suasana 13 Mei 1969.
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan itu hanya dilakukan orang yang tidak bertamadun dalam membuat keputusan. Apakah motif provokasi dilakukan Pemuda UMNO di pejabat PKR malam itu.
“Tindakan itu bukan sahaja mengganggu penghuni di kawasan terbabit, malah di mana rasionalnya kunjungan mereka dengan laungan sebegitu.
“Sekiranya ingin tunjukkan rasa marah, tidak puas hati tunggu 9 Julai ini,” katanya.
Beliau memberi amaran kepada Pemuda UMNO yang ingin mewujudkan suasana tegang supaya tidak dilakukan ketika ini, siapa sebenarnya yang mewujudkan suasana itu?
Shamsul Iskandar ketika ditanya bagaimana mengenali mereka terbabit, beliau berkata, dia mengenali mereka kerana merujuk kepada bendera, baju patriot dan kehadiran Exco Pemudanya, Lokman Noor Adam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan