Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menegaskan permainan politik Umno-Barisan Nasional yang semakin kotor memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli berkata demikian mengulas tindakan terbaru sekumpulan samseng dipercayai dari parti politik tertentu membuat kacau di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Dalam kejadian tersebut, kira-kira 300 samseng bermotorsikal, membawa bendera Umno dan memakai baju T merah yang tertulis Patriot mengancam untuk membakar pejabat PKR.
Mereka diketuai Exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, menuntut KEADILAN menarik sokongan terhadap Perhimpunan Bersih 9 Julai.
Menurut Saifullah, sebelum ini Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengugut untuk melakukan demonstrasi balas terhadap perhimpunan aman tersebut.
“Selain itu, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, tokoh rakyat seperti A. Samad Said dan Dato Seri Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu,” ujar Saifullah.
Malahan katanya, pimpinan politik Pakatan Rakyat dan NGO juga menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.
“Contoh-contoh yang diberikan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri.
“Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansur dalam masa 3 tahun mencecah RM 17 juta- Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat,” ujarnya.
Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.
“Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu,” katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.
Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.
Semalam, sekitar 300 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal sambil memakai baju ‘Patriot’ mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan