KUALA LUMPUR: Media perdana di negara ini, seolah-olah menggalakkan dan menyokong unsur jenayah apabila secara terang-terangan mempromosikan video seks fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, sekiranya pihak yang menyebarkan video lucah boleh didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem, media yang terlibat dalam menyiarkannya juga dianggap bersekongkol.
“Sikap dan tindakan media perdana khususnya Utusan dan TV3 ini telah melangkaui etika kewartawanan. Dari aspek perundangan, ia melangkaui apa yang disebut sebagai fitnah.
“Isu di sini adalah isu jenayah, di mana badan yang bertanggungjawab adalah pihak polis yang harus mengawal supaya ia tidak memberi mudarat kepada rakyat dan kesan kepada masyarakat,” ujarnya.
“Sikap media perdana ini memberikan gambaran mereka tidak langsung meletakkan kepentingan awam dalam etika kerja mereka,” ujar Yusmadi.
Yusmadi memberikan pandangan sedemikian berikutan reaksi orang ramai yang terkejut dengan media milik kerajaan, khususnya stesen televisyen utama negara, TV3 yang tanpa rasa malu mengulang tayangan sedutan video perlakuan seks tersebut, minggu lalu.
Malah TV3 secara sengaja mendedahkan alamat laman web dan blog yang menyiarkan rakaman itu, secara langsung bertujuan untuk menghebahkannya kepada orang ramai. Apatah lagi, ia disiar menerusi berita pada waktu puncak yang turut ditonton golongan kanak-kanak.
Selain TV3, media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, juga memanipulasi dan memberi promosi yang luar biasa mengenai kewujudan video seks yang kini semakin tersebar di internet.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan