Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

Sumpah Laknat : Bukan AMK Cetus Kekecohan

KLANG 4 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan kekecohan yang berlaku ketika majlis sumpah laknat yang dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu, adalah berpunca daripada kumpulan itu.

Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata kekecohan itu berlaku apabila anggota AMK dihalang daripada memasuki masjid itu untuk turut sama melihat sumpah laknat yang dibuat Eskay.

Azmizam berkata pihak yang menghalang itu besar kemungkinan terdiri daripada ahli UMNO dan PERKASA serta ahli jawatankuasa masjid tersebut.

“Saya pun tak pasti siapa sebenarnya yang menghalang tetapi saya yakin itu datangnya dari pihak sebelah sana yang menggelar diri mereka Perkasa yang menggelar diri mereka orang Umno konon-kononnya AJK masjid di sana menghalang kita untuk masuk ke dalam masjid dan kita pun nak menyaksikan juga sumpah tersebut tetapi dalam masa yang sama kita juga nak buat sembahnyang hajat,” katanya ketika ditemui TV Selangor hari ini.

Beliau buat kesekian kalinya menegaskan, kekecohan itu bukan berpunca daripada anggota AMK.

“Jadi kita dihalang timbul sedikit kekecohan tapi yang peliknya ialah bila pihak media putarbelitkan yang mengatakan kita yang mulakan dulu tak mungkin bukan kita yang mulakan dulu lah.

Azmizam berkata, AMK telah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan menggesa agar siasatan dilakukan secepat mungkin.

Berhubung sumpah laknat itu, Azmizam berkata, ketiga-tiga Datuk T iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; Bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Shazryl Eskay patut menilai kembali apa yang dikatakan oleh kebanyakan ulama tanahair bahawa sumpah laknat itu tidak sewajarnya dilakukan.

Jumaat lalu, trio Datuk T mewakilkan Shazryl Eskay membuat sumpah laknat itu yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku di dalam video seks lucah bersama seorang pelacur wanita warga asing.

Ketiga-tiga Rahim, Shuib dan Shazryl Eskay hadir di masjid tersebut dengan memakai baju kalis peluru kerana mendakwa menerima ancaman bunuh.

Tiada ulasan: