Pengikut

Selasa, 1 Februari 2011

Jelajah Pemimpin PKR Seluruh Negara



PETALING JAYA 1 FEB: Program Jelajah pemimpin PKR yang yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat dengan kerjasama Cabang-Cabang parti seluruh negara akan bermula hari ini.
Menurut Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty, program jelajah ini penting kerana merupakan kali pertama ibupejabat PKR memainkan peranan langsung dalam menyusun program bersama pihak cabang yang akan berjalan selama tiga bulan sehingga akhir April.

"Program Jelajah Pimpinan ini signifikan memandangkan buat pertama kali Ibu Pejabat KEADILAN memainkan peranan secara langsung dalam penganjuran bersama dengan Cabang-Cabang."

Risalah isu-isu semasa akan diedarkan sepanjang jelajah ini, kaunter pendaftaran pengundi dan keanggotaan juga akan dibuka semasa program dijalankan.

Menurut Dr Muhammad Nur Manuty program jelajah akan diadakan di 30 lokasi yang ditandingi PKR dalam pilihan raya serta kawasan yang dianggap strategik.

Beliau turut berharap pihak keselamatan akan memberi kerjasama secara adil dan mematuhi jaminan hak untuk berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Jelajah akan bermula di Galeri Empire, Subang Jaya jam 4 petang ini oleh Naib Presiden yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Seri Setia.

Pada sebelah malam pula Ceramah Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia akan diadakan di Taman Sri Manja, PJS 3 yang disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo, Khalid Samad, Nurul Izzah, Tian Chua, Nik Nazmi dan Haniza Talha akan berucap di program tersebut.

Tiada ulasan: