Pilihanraya kampus sekali lagi menarik  minat semua pihak bukan sahaja mahasiswa malah masyarakat umumnya.   Insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku di menara gading terutama  di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti  Putra Malaysia membuktikan ketidakmatangan pihak Kementerian Pengajian  Tinggi dan pihak pentadbiran universiti di dalam mengendalikan  pilihanraya kampus.
1.  Tidak memecahbelahkan kesatuan mahasiswa dengan lebel politik melampau  seperti pro-pembangkang dan pro-kerajaan.  Ini akhirnya akan membawa  masuk budaya politik kotor seperti yang biasa diamalkan oleh parti  pemerintah dengan budaya politik ugut, politik wang dan politik takut.
2.  Mahasiswa harus tidak dilihat seperti "budak sekolah" sehingga  segalanya dilarang untuk dilakukan.  Mahasiwa dilarang untuk adakan  manifesto, sudut pidato malah adakan kempen secara berkumpulan juga  dilarang akibat daripada takut yang tidak bersebab kepada gerakan  mahasiswa.
3.  Adalah matang jika satu jawatankuasa khas antara KPT, HEP dan pihak  mahasiswa ditubuhkan bagi membincangkan format baru pelaksanaan  pilihanraya kampus pada masa akan datang.  Format yang terbaik yang  harus dirangka adalah bagi membolehkan mahasiswa mengendalikan sendiri  pilihanraya kampus mereka sendiri.  Justeru itu, pihak Biro Mahasiswa  Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa pilihanraya kampus mampu  dilihat suatu medan melahir kepimpinan generasi muda melalui desakan  yang dinyatakan.
*Kenyataan media  oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (gambar kanan) selaku Pengarah Biro  Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan