Pengikut

Ahad, 9 Januari 2011

Wanita PKR Selangor Demonstrasi Bantah Kenaikan Harga Barangan



SHAH ALAM 9 JAN: Lebih 50 ahli Wanita PKR Selangor  mengadakan demontrasi aman hari ini bagi membantah kenaikan harga barangan.

Diketuai oleh Timbalan Wanita PKR Pusat Rodziah Ismail, Naib Ketua Wanita Haniza Talha dan Gan Pei Nei serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang ia diadakan ditapak pasar tani seksyen 13 Shah Alam.

Ahli Wanita PKR bersama Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) menyertai demontrasi aman turut serta mengedar risalah berkaitan kenaikan harga barang oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Demonstrasi ini dibuat sebagai tanda prihatin berikutan kenaikan harga barangan asas lantaran pemotongan subsidi memberi kesan terhadap semua golongan pengguna dan peniaga.

Delegasi Wanita PKR ini juga turut membuat tinjauan umum kepada pengunjung dan peniaga di pasar tani berkenaan mengenai kesan kenaikan harga barangan.

Rodziah menyimpulkan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu mendengar keluhan rakyat di bawah mengenai polisi yang dilakukan mereka membebankan atau tidak kepada rakyat.

"Keluhan rakyat ini perlu didengari. Sebagai kerajaan kita tak boleh menaikkan harga barang dan seterusnya tidak bertanggungjawab dalam mendengar atau fikir bagaimana nak atasi perkara ini. Hari ini wanita PKR turun padang mendengar sendiri keluhan itu," katanya.

Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang '4 dalam 1' yang melibatkan harga petrol. Kenaikan ini memberi beban yang besar kepada rakyat Malaysia memandangkan musim persekolahan baru sahaja bermula.

Lantaran itu, alasan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) bahawa pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan selepas kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai enam bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu.

Haniza memberitahu Tv Selangor bahawa tinjuan mereka mendapati rata-rata pengunjung dan peniaga tidak bersetuju kenaikan tersebut kerana membebankan mereka lantaran pendapatan mereka masih lagi di takuk lama.

"Daripada tinjauan kami, rata-rata tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang mereka rasa tidak patut harga barang naik. Kerana gaji mereka tidak bertambah dan ini membebankan mereka. Dan saya dapati bukan saja orang berpendapatan rendah tak bersetuju, orang berpendapatan tinggi juga tidak bersetuju..Jadi saya lihat kenaikan harga barang tak wajar sebenarnya.

Haniza meyatakan betapa kerajaan Malaysia perlu mendengar dan melakukan sesuatu sebagai respon keluhan rakyat serta tidak hanya menjaga kepentingan kroni sebagai kerajaan yang bermoto 'Rakyat Didahulukan'

"Kita boleh elakkan pembaziran. Kalau lihat laporan Ketua Audit Negara, setiap tahun kerajaan alami kerugian sebanyak RM 23 bilion disebabkan pembaziran. Perkara ini boleh dielak dan seterusnya gunakan duit yang dibazirkan itu untuk membayar subsidi barangan asas," katanya.

Demontrasi diadakan kira-kira sejam dan perarakan mengelilingi pasar tani berkenaan,  ia mendapat sambutan pengunjung yang selama ini dibebani kenaikan harga berkenaan.

Demonstrasi dan tinjaun ini turut bakal diadakan di tempat lain seluruh Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas keadaan rakyat di negara ini.

Tiada ulasan: