Pengikut

Selasa, 6 Mac 2012

PKR ulangi gesaan Najib debat dengan Anwar

SHAH ALAM - PKR sekali lagi menggesa agar Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran debat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkan oleh Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya berharap kesanggupan Najib, yang diketengahkan semalam menerusi entri blog, benar-benar jujur kerana tawaran Anwar yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat tentang kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung dalPautanam Buku Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.

"Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, Najib turut meluahkan kebimbangannya tentang keupayaan lawannya dalam perdebatan untuk bercakap berdasarkan fakta dan mengawal emosi.

"Sebenarnya kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat," kata beliau lagi. -SH

Tiada ulasan: