Pengikut

Jumaat, 29 Julai 2011

PKR Gempur Kampung Semasa Ramadan Dan Cuti Aidilfitri

SHAH ALAM 29 JULAI :  Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan mempunyai misi khas apabila pulang ke kampung halaman sempena bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri.

Mereka akan dibekalkan beg khas yang muat dengan risalah, cakera padat dan rakaman video yang memberi penjelasan mengenai isu-isu nasional untuk disebarkan kepada penduduk luar bandar.

Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution  menjelaskan anak- anak muda PKR akan pulang ke kampung dan membantu  menangkis segala tomahan kerajaan Umno-BN terhadap Pakatan Rakyat.

"Orang- orang bandar akan balik kampung untuk meraikan Ramadhan dan Aidilfitri. Mereka akan jadi duta kecil kepada Pakatan Rakyat. Untuk balik ke kampung, mereka akan dibekalkan dengan ole- ole iaitu bahan- bahan kempen yang tertentu.

"Mereka akan laksanakan tugasan ini mengikut kemampuan mereka. Kalau mereka tidak ada kemampuan untuk berceramah, mereka boleh tinggalkan sahaja risalah, CD atau video kilp itu dikampung.  

"Mereka boleh tinggal di surau, kedai kopi kampung, surau atau dimana sahaja yang jadi tumpuan," jelas Saifuddin kepada TvSelangor.

Beliau berkata, kesemua maklumat penerangan itu bertujuan memberi penjelasan kepada penduduk kampong yang mempunyai akses terhadap kepada Internet dan sumber berita yang sahih.

Beliau menambah, modus operasi ini akan dilaksanakan ke setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pendekatan itu diambil kerana ia mudah dan murah serta berkesan untuk memastikan penduduk kampong tidak  terkurung dalam dunia sempit propaganda Umno-BN.

"Masyarakat luar bandar lebih terikat kepada sumber maklumat yang konvensional seperti RTM, TV3 dan Utusan Malaysia, Jadi dikenal pasti langkah ini adalah paling mudah dan murah untuk dengan menggunakan tabiat balik kampong pada Hari Raya,” kata beliau "

Tiada ulasan: