Pengikut

Selasa, 14 Februari 2012

Isu Amerika Israel: Mahathir lidah bercabang - AMK

KUALA LUMPUR 14 Feb: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung isu Amerika Syarikat dan Israel, jelas menunjukkan sikapnya yang lidah bercabang.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Mahathir kononnya, Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

“Ini hujah hipokrit Mahathir, sesebuah negara yang bertukar pentadbirannya tidak semestinya akan mengikut telunjuk Amerika atau Israel.

“Tiada kaitan dengan permintaan mana-mana negara jika pentadbiran bertukar kerana ia berlaku daripada kebangkitan rakyatnya,” katanya yang mengaitkan kenyataan Mahathir itu sebagai usaha untuk memastikan BN terus kekal berkuasa.

Dr Mahathir sebelum ini mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.

Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya itu turut disalurkan kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin.

Mahathir turut menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) –yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia

Pada Julai 1994 , beliau dikatakan pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, sikap talam dua muka Mahathir itu membuktikan kata-kata beliau tidak lagi releven untuk berbicara soal politik.

“Beliau adalah ahli politik lidah bercabang, langsung tidak berintegriti, Apakah beliau lupa semasa menggunakan khidmat Israel untuk mendekati Amerika?

“Mahathir kini sudah tiada pendirian yang tetap berhubung isu Israel,” ujarnya.

Tiada ulasan: