Pengikut

Khamis, 17 Februari 2011

Persediaan PRU 13: Biro Penerangan adakan konsenysen 26 Mac

KUALA LUMPUR: Konvensyen Penerangan KEADILAN akan diadakan pada 26 Mac depan, kata Setiausaha Biro Penerangan KEADILAN, Baharom Bakar.

“Konvensyen itu dijadual berlangsung di Shah Alam, lokasi spesifik akan dimaklum kemudian. Semua sayap parti dari peringat negeri dan cabang termasuk Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) perlu untuk bersiap sedia.

“Kita akan keluarkan surat arahan rasmi dalam masa terdekat. Jentera penerangan diminta menghubungi Biro Penerangan Pusat KEADILAN untuk maklumat lanjut.

“Ia sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya. Konvensyen adalah penting untuk mendapatkan arahan, penerangan dan maklumat terbaru dari parti untuk disampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily.com pada program lawatan Biro Penerangan dan Strategik KEADILAN ke ibu pejabat akhbar rasmi parti, Suara Keadilan di sini, hari ini.

Antara delegasi itu ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.

Baharom juga meminta pimpinan dan ahli parti menyalurkan pandangan, maklumat dan program parti kawawan masing-masing melalui media rasmi parti iaitu Keadilandaily.com dan akhbar Suara Keadilan.
“Ia menjadi antara agenda utama konvensyen. Kita akan selaraskan program parti di setiap kawasan berkaitan edaran akhbar melalui setiap jentera penerangan di peringkat negeri dan cabang,” katanya.

Tiada ulasan: