Melalui satu kenyataan hari ini, Saifuddin menjelaskan bahawa beliau tidak mengeluarkan arahan sedemikian namun yakin tindakan tersebut adalah fitnah jahat Umno.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini. Saya yakin ini merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.
“Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno,” dakwa beliau.
Saifuddin turut menyeru agar anggota parti turun beramai-ramai pada hari tersebut untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait dengan kes tuduhan liwat yang dihadapi beliau.
Saifuddin turut mengingatkan para penyokong dan anggota parti agar mematuhi arahan petugas serta tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif golongan berkenaan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari.
Kes tersebut yang dibicarakan di mahkamah berlarutan sehingga hampir dua tahun. Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. -KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan